Monday, 6 October 2014

FORMAT PT3 BAGI SUBJEK SAINS(UJIAN BERTULIS)

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu

PT3 SAINS

Cikgu ingin berkongsi beberapa soalan item Sains dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (2014). Berikut adalah beberapa soalan contoh yang mengandungi unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

SOALAN 1

Protein merupakan salah satu nutrien yang penting dalam gizi seimbang kerana ia merupakan sumber
A     tenaga yang utama
B     gentian yang melicinkan penyahtinjaan
C     yang diperlukan untuk membina dan memperbaik sel-sel badan
D     garam mineral yang diperlukan untuk membantu badan melawan penyakit



                                                                                                    [1 markah]

SOALAN 2

Tenaga elektrik ialah sumber kuasa bagi sebiji lampu. Bagaimanakah anda menyimpul sama ada lampu itu adalah cekap tenaga atau tidak?

(a)  Kuantiti tenaga cahaya yang dipancar oleh lampu itu:
      (Tandakan X di dalam petak yang berkenaan)

[     ]     harus melebihi kuantiti tenaga elektrik yang dibekal kepadanya.
[     ]     harus kurang daripada kuantiti tenaga haba yang dibebaskannya.
[     ]     harus sama dengan kuantiti tenaga haba yang dibebaskannya.


                                                                                                    [1 markah]

(b)  Beri satu sebab untuk menyokong jawapan kamu.

....................................................................................................................

....................................................................................................................


                                                                                                    [1 markah]

CONTOH 3

Nyatakan DUA sebab mengapa pemasangan secara litar selari lebih baik daripada litar bersiri.

1.     .............................................................................................................

2.     .............................................................................................................
                                                                                                    [2 markah]


Banyak lagi contoh item KBAT yang akan cikgu berikan dalam minggu-minggu yang akan datang. Kunjungilah laman ini untuk mendapatkan maklumat dan format PT3 Sains 2014 terkini dari semasa ke semasa!

Sekian.

Sunday, 5 October 2014

FORMAT PT3 2014




FORMAT PT3 2014



Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu

Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dengan lebih lanjut, boleh baca artikel mengenai Instrumen, Jadual dan Pelaksanaan PT3. Rujuk juga jadual pelaksanaan PT3 supaya dapat bersedia lebih awal.

Jadual Pelaksanaan
Pelbagai Instrumen
Pentadbiran : 1 - 18 Julai
Hantar gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Lisan
Pentadbiran : 6 - 29 Ogos
Hantar Gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November